Read Mengejar Ajal by Khairulnizam Bakeri Online

mengejar-ajal

Timbalan Pendakwaraya Raed digelar The Hangman dan Undertaker kerana tidak pernah tewas dalam perbicaraan. Adani, pelukis masyhur di seluruh dunia. Walau buta sejak lahir akibat kecacatan genetik, dia mampu melukis hanya dengan menggunakan deria rasa. Takdir Ilahi mempertemukan mereka.Segalanya berubah apabila Raed mengendalikan kes Datuk Buyong, bekas menteri yang dituduhTimbalan Pendakwaraya Raed digelar The Hangman dan Undertaker kerana tidak pernah tewas dalam perbicaraan. Adani, pelukis masyhur di seluruh dunia. Walau buta sejak lahir akibat kecacatan genetik, dia mampu melukis hanya dengan menggunakan deria rasa. Takdir Ilahi mempertemukan mereka.Segalanya berubah apabila Raed mengendalikan kes Datuk Buyong, bekas menteri yang dituduh membunuh seorang pelacur kelas atasan. Buat kali pertama, Raed tewas dan kematian Datuk Buyong beberapa hari kemudian menjadikan Raed sebagai suspek utama. Dia dituduh dan dibicarakan.Di hari perbicaraan, Raed diculik. Polis sangka itu helah lalu dia diburu. Penculiknya membery syarat paling sukar. Bunuh tiga orang dalam masa tiga hari, atau nyawa Adani jadi pengganti. Siapakah tiga mangsa Raed? Siapakah yang menculiknya? Benarkah dia yang membunuh Datuk Buyong? Bagaimana harus memburu, andai dia diburu? Bersama Raed, MENGEJAR AJAL....

Title : Mengejar Ajal
Author :
Rating :
ISBN : 9789671199701
Format Type : Paperback
Number of Pages : 309 Pages
Status : Available For Download
Last checked : 21 Minutes ago!

Mengejar Ajal Reviews

  • Hajar
    2018-12-30 00:35

    Pernah rasa tak, bila kita suatu ketika kita kehilangan barang berharga. Cari punya cari. Geledah sana sini. Sampai ke seluruh pelusuk isi rumah. Tapi rupanya, barang yang dicari tu ada terselit dalam poket baju. Ha, itulah yang saya rasa bila habis baca buku ni. Heh. Rasa macam ditipu. Tapi, itulah kelebihan si penulis. Buat kita khusyuk ikuti cerita dia sampai tak sedar ditipu. Ciss! Hehe. Secara ringkasnya, kisah ini terbahagi kepada 3 bahagian: Bahagian pertama membawa kita mengenali Raed Marzuki (Raed) sebagai seorang Timbalan Pendakwaraya yang sangat di segani dan dikenali kerana kecekapannya mengendalikan kes perbicaraan sehingga orang kena tuduh tak pernah terlepas daripada hukuman. Beliau juga turut dikenali dengan nama The Hangman dan Undertaker kerana kehandalannya itu. Cuma, kes pembunuhan yang melibatkan Datuk Seri Buyong ni agak mencabar kewibawaan Raed kerana satu-satunya saksi pembunuhan telah dibunuh. Bila bukti tak cukup kukuh untuk melibatkan penglibatan Datuk Seri Buyung, maka Raed terpaksa akur dengan keputusan mahkamah yang tidak memihak kepadanya. Bahagian kedua pula berkisar tentang penangkapan Raed kerana disyaki membunuh Datuk Seri Buyung sehari selepas keputusan yang tidak memihak kepadanya. Bukti memang jelas yang Raed terlibat dalam pembunuhan walaupun Raed mengakui yang dia berada bersama isterinya sepanjang malam. Lagipun, macam mana Adani, isteri Raed nak meyakinkan pihak polis tentang alibi yang ada sedangkan dia cacat pengelihatan? Di hari perbicaraan, Raed di culik. Adani juga turut diculik. Pihak polis menyangkakan itu helah Raed disebabkan kepakarannya dalam bidang undang-undang. Tapi siapa sangka, penculik Raed sangat licik dan memberi syarat supaya Raed membunuh 3 orang dalam masa 3 hari untuk menyelamatkan Adani. (Untuk bahagian ini ada sedikit kejanggalan bila penulis penggunakan POV 1 untuk menceritakan perihal pihak yang berada di POV 3. Hmm..)Bahagian ketigapula membawa kita mengenali latar belakang suspek yang terlibat dalam 'konspirasi' penculikan Raed dan Adani. Heh. Siapa sebenarnya pembunuh Datuk Seri Buyung? Dan apa pula kaitannya dengan penculikan Raed dan Adani?Komen saya: Tak dapat dinafikan, setiap karya penulis ini memang mampu mengundang rusuh adrenalin dan juga membuat otak kita berfikir dengan lebih efektif. Serius, memang tak boleh jangka siapa pembunuh dan penculik sehingga masuk bahagian ke 3. Rasanya secara tak langsung penulis nak beritahu kita bahawa dalam dunia ni memang ramai orang gila. Sanggup lakukan apa saja untuk capai apa yang mereka mahukan termasuk membunuh. Haish. Tahniah buat penulis sebab berjaya buat watak penjenayah bijak sekali lagi. Hahah. Tapi jenayah terancang begini bukan untuk dipraktikkan ya? :P

  • Fadzli Jamaludin
    2018-12-29 23:46

    Jika di bandingkan novel terdahulu PECAH, aku lebih suka PECAH berbanding dengan novel ini...Namun, novel ini masih lagi memaparkan genre thriller jenayah & mengandungi elemen2 penyiasatan...Menarik & ada kejutan di penghujung cerita...Ini merupakan buku pertama yang ku baca daripada Syarikat Roman Buku...Novel ini tidak terlepas dengan bayang2 FIXI...masih mengekalkan unsur2 urban dengan slanga bahasa yang celupar & MANGLISH...malahan sedikit unsur SX menjadi rencah dalam novel ini...Novel yang di bahagikan kepada 3 bahagian, mengambil susasana mahkamah di bahagian pertama...di mana watak utamanya Raed, seorang Timbalan Pendakwaraya berjuang untuk membuktikan kesalahan Datuk Buyung dalam kes bunuh Zaimah...Malangnya Raed tewas dalam perbicaraan & kini menjadi buruan polis di sebabkan kematian Datuk Buyung...Siapa yang membunuh Datuk Buyung? & Apakah yang sebenarnya berlaku..segala2nya akan di jelaskan dalam bahagian kedua & ketiga...Kali ini penulis menampilkan watak buta, Adani, isteri kepada Raed yang menjadi tulanng belakang kepadanya...kewujudan Cif Inspektor Cynthia menjadikan novel ini sedikit sebanyak ada unsur cinta 3 segi...cuma sebagai pembaca, aku sedikit keliru dengan beberapa plot di penghujung cerita...Adakah Cynthia & Ben pun terlibat sama dalam perancangan "mereka"...open ending menjadikan pembaca merumuskan apa yang berlaku sebenarnya...& motif pembunuhan Muadzin Din, Samsol & Yunus sedikit sebanyak menggelirukan....

  • Fairuz
    2018-12-28 04:52

    Masih mengekalkan gaya penulisan beritma senada pada kebanyakkan baris ayat. Tak menjengkelkan walau sedikit pun bahkan mengkagumkan kerana Khairulnizam Bakeri sedia diketahui melimpah dengan perbendaharaan kata. Mengejar Ajal adalah satu lagi karya bijaksana daripada penulis yang cukup rajin. Setiap perencanaan dalam penulisannya begitu realistik. Ini menggambarkan dengan jelas betapa bersungguh usaha dan kajian yang dilakukannya demi sebuah lembar fiksyen yang terpaku kejap di sisi realiti. Walau pada helaian-helaian terakhir, dalang konspirasi masih sukar menepati spekulasi. Hingga noktah terakhir tampil baru tersuluh semua kesamaran yang meniti.

  • nur
    2018-12-31 00:42

    Novel thriller ni memang best.bila ada banyak scene dalam court lagilah saya suka.bila baca novel ni asyik tertanya tanya je siapa dalang sebenar pembunuhan dan penculikan ni.berjaya habiskan novel ni dalam masa 3 jam sebab tak sabar nak tahu ending cerita ni.Tapi seriously memang tak sangka la dia orang ke dalang sebenar?rasa tertipu pun ada,harap penulis boleh hasilkan lebih banyak novel yang best lepas ni.rasa puas hati bila ada novel ni dalam koleksi.

  • Mai
    2019-01-08 02:57

    Sejujurnya saya suka kisah ini,cuma rasa sangat tertipu.Terutama dengan Raed,mungkin berdasarkan sipnosis dah letak tanda aras yg tinggi untuk si Raed ni sudahnya.......sengaja bagi bintang rendah sbb x puas hati dgn Raed,sekian :)P/S :thanks to Hajar sbb bagi pinjam buku ni,mcm malas nak pulangkan pon ada rasanya buku dri penulis ni wajar dijadikan koleksi peribadi ;)

  • Nisa
    2019-01-09 21:35

    Novel pertama saya baca untuk tahun 2015, dalam tempoh sebulan jugalah, saya dapat khatamkan novel ini, bukan kerana kurang 'umpphh'..tapi, kerana kekangan masa. Pada mulanya, saya hendak beri 4 bintang..akan tetapi, ada babak yang mengelirukan..jadi, saya tolak 1bintang..di mana, pada awalnya, diceritakan..Raed dan Adani sudah berkenalan sejak Adani masih melukis di Pasar Seni, di sebuah tapak kecil bernama 'matajari'...Tetapi, di bab lain, Adani dan Raed di katakan pertama kali bertemu di galeri milik Adani..kerana kes kecurian lukisan Adani...Sejujurnya, jalan cerita agak menarik..sehingga dua bab terakhir, saya masih tertanya-tanya, siapa pembunuh sebenar...Mengejar ajal, mengisahkan tentang Raed..seorang timbalan pendakwaraya yang sangat di segani, di gelar Hangman...Raed berkahwin dengan Adani, seorang pelukis buta tersohor...Raed mengendalikan kes Dato Buyong, bekas menteri yang dituduh membunuh Zaimah, pelacur kelas atasan. Pada hari perbicaraan, Putri..saksi penting pula mati diracun. Dato Buyong dibebaskan kerana tiada bukti yang kukuh... Sebaik dibebaskan, Dato Buyong mati ditembak di rumahnya, Raed dituduh membunuh dan ditangkap..pada hari sebutan kes di mahkamah, Raed diculik...Penculik juga menculik Adani dan memaksa Raed melaksanakan tiga tugasan, kalau mahu Adani selamat..dengan bantuan sahabat karibnya, Inspektor Cynthia Wong...(sebenarnya kekasih gelap Raed) Raed menyelesaikan dua daripada tiga tugasan..sebelum ditangkap polis...Bagaimana nasib Adani dan siapa yang bunuh Dato Buyong?...

  • Lyla Ibrahim
    2019-01-10 05:56

    Jujurnya, lama saya tunggu buah tangan kedua dari penulis ini. Novel sulung beliau adalah novel melayu pertama yang saya baca setelah bertahun dengan novel inggeris sahaja. Ternyata, Mengejar Ajal tidak mengecewakan. Menarik dan mengejutkan. Jika membaca dari sinopsis sahaja memang kita tidak dapat jangka isu dan elemen yang ingin dipersembahkan dalam novel ini. Elemen kejutan yang diselitkan dalam cerita memaksa pembaca membaca dari bab ke bab untuk memahami cerita. Walaupun ada beberapa tempat yang saya rasa gaya tulisannya agak mengelirukan dan memeningkan kepala, semakin habis membaca saya mula faham mengapa ianya ditulis sedemikian rupa. Tetapi, pada saya, gaya yang sebegitu bukanlah cara yang terbaik untuk melakari situasi sedemikian. Naratif 'aku' yang digunakan untuk Raed dalam bahagian 2 juga saya rasa kurang sesuai. Like I said, confusing.

  • Shafaza Zara
    2019-01-06 03:48

    Seperti yang dijangka daripada Nizambakeri. Tentu sahaja hasil tulisan yang mendebarkan sehingga tangan enggan dilepaskan daripada karya terbaru beliau ini.Saya tak akan menulis mengenai jalan cerita kerana seperti yang saya selalu percaya, sinopsis di belakang buku kadangkala tidak akan membantu. Ya, saya jarang sekali baca apa berlaku di belakang buku sebab saya mahu menggali sendiri isinya.Ada nama-nama yang disukai daripada watak novel sebelum ini, juga nama watak utama adalah Raed --- terus teringat Reid dari Criminal Minds. Kelebihan Nizam, penceritaannya yang terperinci dan tenggelam lagi dalam jalan cerita.Jujurnya, novel ini bisa diangkat ke layar lagi, tapi mohonlah jangan sampai pembaca yang tahu setiap inci rasa mahu berlari dan tendang kerusi akibat olahan yang menembusi hati.

  • Norhani Zaini
    2019-01-22 00:57

    Secara ringkas, mengisahkan Timbalan Pendakwa Raya, Raed yang tewas dalam perbicaraan untuk pertama kalinya. Raed mengendalikan kes bekas menteri Datuk Buyong yang dituduh membunuh seorang pelacur kelas atasan.Beberapa hari berikutnya, Datuk Buyong didapati dibunuh dan menjadikan Raed sebagai suspek utama. Dihari perbicaraan pula, Raed dan isterinya Adani seorang pelukis buta diculik. Seperti biasa trademark penulis mungkin, ayatnya bernada. Sedap bahasa lancar dibaca. Cerita yang suspen dan sentiasa diburu rasa ingin tahu apa yang akan terjadi seterusnya. Sentiasa tertanya-tanya. Mengagak tapi tersasar. Dan akhirnya sungguh tak dijangka. Cuma, bila Raed terimbas zaman kecilnya, ada sedikit yang mengganggu. Apa kaitannya? Mungkin terlepas pandang... Mungkin juga kurang faham.

  • Ann
    2018-12-26 05:29

    Sungguh, terpesona dengan gaya garapan Nizam untuk karya ni. Bagi saya, karya ni lagi hebat dari PECAH. Sesuai dengan tajuknya, Mengejar Ajal.Sangat sangat sangat menarik!

  • Fuka-chan
    2019-01-21 05:46

    I'll write a review later. *********************************I’ve been thinking about this review for a few days actually. Maybe what makes me so freaking disappointed is how I was expecting something that wasn’t so..sell out. No seriously, I don’t expect another bank heist. I read Salah Taip for so many years. I know how KNB can write with so many styles. But somehow I was expecting more. Let me break it down for you. At the first page, I already hate the name. Seriously I do. I don’t know why but I do hate it. I hate the name Raed, I hate the book title and I hate the book cover. I think these three things are way too cheesy. Too cheesy for me. BUT I don’t blame him for that. That is just my preference, okay?When I think about it, what I love about KNB is the way he writes things. I loved Pecah. Well whether you like it or not people are going to compare Mengejar Ajal with Pecah. You can’t run from it. So let me break it down to you, Pecah has the perfect crime, since 1. It has a good back story. The way it interludes with the current situation is perfect. We can understand how the vengeance is formed, we know how it feels to be Lidya and Herman. 2. I love heist-type of stuff (books, movies). Manipulation of minds is something that is very interesting. So this is kind of a big factor to me. 3. I never encounter with KNB’s style of writing before, so I needed time to develop this love feeling. A thriller book (I can consider this as a crime thriller) needed to be fast. I don’t have time for that confusion, since every chapter is important. And it made me want to know more. Great, right? However, I am here not to talk about Pecah. I am here to talk about MA. MA has a good premise. You see, I like to intrigue people to know what I am reading right now. And when I told my friends about MA, they ARE interested. Since the premise of HERO being accused of something he didn’t do and then forced to break the law is actually a good storyline. But the problem is, we can see that almost everywhere. Even Hajime Kindaichi already done this (I had to include him, Hajime is the love of my life). So you see, the idea wasn’t bad. However, try explaining this to your friend. MA is about a law abiding citizen who has been accused of doing something he didn’t do and had to kill someone to save his wife. He loves his wife so much but oh yeah guess what he has a hidden lover and bad past. Sounds familiar? Feel familiar? Because it has been the plot of every fucking movie ever! Seriously all I think when I read this was "Are you trying to write a good book or are you trying to write a book that can be made into a movie?" Because honey, if you do then I'll lost all hope on you. Well, maybe the execution of it was off. There are no smooth storyline. What KNB good at is explaining things in a simple way. But when he tried to drag his story, I find it....annoying. Somehow I cannot relate myself, I cannot imagine Raed exist. Yeah I know Raed is a creation (duh!) but there are something about a character that is believable, and I have a hard time believing that Raed is here. Also, the inconsistency of character. You see, Raed is said to be a successful prosecutor and he never failed before. As a prosecutor, I think Raed at least has to be good at listening and talking. But to be a good listener, you have to calm yourself down and be steady. But, chapter after chapter, all I saw is this easily irritable character who always storming here and there to get his way. Come on, you already in your thirty. What with the barging here and there? And see, there are no consistency of the way character acts and although Raed might be pissed off (he is just a human being, I know) but having a prosecutor as a work, don’t you think he was supposed to handle it a little bit more mature?And what ticks me off the most is the ending and the motive. Are you trying to finish this book fast? Are you in a hurry? Because it seems to me that the ending was horrible. Terribly horrible. I had to drag myself to keep reading this because it feels unbearable. I can forgive the front, I can forgive the cheesy way of the stuff in here, but I expect a better ending than this. And no, jenayah yang paling sempurna ialah jenayah yang tiada orang faham? WTF is that? In a real world, maybe yes but in novel, sir please don’t do that. What the reader want at the end of everything is to understand the crime, understand the motive, understand what has happened. Some might’ve prefer not to tell everything but there has to be a way to do that without fucking up everything. After all of this criticism and bashing, you must think that I hate KNB. And let me state here clearly, I don’t hate him. This book? Yes I hate it. But I am just an avid reader who had my own opinion, and I state what I felt. And if you have problem with that, please let me know and we can talk about this together.

  • Hasnul Adin
    2019-01-09 03:54

    Selesai membaca 312 mukasurat daripada novel karya Khairulnizam Bakeri ini dalam minda aku ada beberapa soalan yang jawapannya tidak dapat aku rungkai sendiri.Ben. Dia terlibatkah dalam komplot antara Raed dan Adani?Peluru yang ada fingerprint Raed. Adakah Raed memang tidak sengaja memegang peluru dengan jari yang terdedah atau ianya sebahagian daripada brilliant plan oleh mereka?Lelaki bertopeng yang menculik Raed. Seawal kemunculan watak ni, aku agak-agak ianya Ben. Tapi, rasa ragu-ragu pula diakhir-akhir novel ini. Sebab bila Adani kata “Ben ada. Dia boleh jaga. Dia boleh buat apa yang dia suka. Paintings dia nak lelong… No more painting from Adani Saufi” aku terfikir yang mungkin Ben tak tahu yang Adani masih hidup.Persoalan-persoalan ini, tak perlukan jawapan sebenarnya. Aku rasa, pembaca sendiri perlu berfikir dan buat konklusi. Penulis tak perlu beritahu segala-galanya dengan jelas. Kerana pembaca perlu diberi ruang berfikir. Yeah. Begitulah rasanya.Then again, ending dia bila tiba-tiba watak Cynthia di tempekkan dalam babak tu untuk beri babak macam movie memang menarik. Entah apa jadi lepas tu aku pun malas nak fikir. Dengan pistol diacu. Haish.Mungkin ada sambungan? Raed dan Adani jadi macam Bonnie and Clyde maybe? Jeez. Tapi sepanjang aku baca novel ni la, aku mesti teringat babak-babak dalam filem Don 2 by Shah Rukh Khan and I guess sebab ada babak-babak yang similar kot. Overall, sangat puas hati membaca novel ini. Rasa nak tahu apa terjadi di mukasurat seterusnya memang kuat. The thrill is there. Sampai hampir setiap watak aku tuduh sebagai pembunuh Buyong tu. Memang tak sangka sampai macam tu sekali.Dendam. Aku rasa itulah sebabnya yang boleh aku finalizekan.*thumbs upDan mungkin lepas ni kena cari Pecah la kot. Dengar-dengarnya dah tak cetak. Adei.

  • Qibah idris
    2018-12-29 21:42

    i finished less than 12 hours.aku baca sangat romantic bila Raed ngan Adani tu bersama.mana kita nak jumpa kan pasangan yang sorang buta dan sorang celik.Adani berkebolehan luar biasa.Raed pula cekap.and as i expected and tertunggu2..karya nizam bakeri yang kadang2 dia akan tulis dalam novel tu perkataan akhir sama ritma. tu paling aku suka.novel nie aku expect macam lain dari pada yang lain.tapi its ok. still best. tak lari daripada pembalasan dan dendam. tak sangka juga akhir dia macam tu.cuma aku tak faham cynthia tu akhir macam mana.so, i can give this book 4 star.still best. hampir sama macam pecah. mohon novel baru lagi yer.. :)

  • Aina Shukri
    2019-01-11 04:37

    Crime is a circle. Expect the unexpected bila baca buku ni. For me, aku mmg suka karya ni. The best among KNB punya masterpiece. Still crime-thriller genre. Memang awesome. Bagi yang nak baca, korang kena betul2 kunyah dan hadam cerita ni so nanti takda la nak bising2 pasal buku ni. Semua yang writer tulis, all his style of writing untuk setiap 3 bahagian ada purpose dia sendiri yang buatkan aku sangat salute dengan KNB. And yeah, babak2 pelik utk bacaan kanak2 pon tak banyak mcm PECAH. I like it!

  • Kamalia Ramlan
    2019-01-06 23:57

    3.5 bintang.Lain daripada yang lain, tapi kenapa aku rasa macam tak puas lepas baca novel ni? Erm... entahlah. Tapi ni memang genre kegemaran aku -- psycho thriller la kut rasanya. Lepas baca novel ni, rasa macam tonton gabungan filem Number 23 dan Shutter Island :)Aku nak ucapkan tahniah buat penulis sebab aku tahu bukan senang nak karang cerita sebegini.

  • Munirah
    2018-12-30 23:57

    Ini adalah buku KhairulNizam Bakeri pertama untuk saya. Saya tertarik dengan buku ini setelah disyorkan rakan-rakan tambahan saya juga seorang pelajar jurusan undang-undang. Sejujurnya sinopsisnya bagi saya tidaklah menarik keinginan saya untuk membaca buku ini namun setelah beberapa muka dibaca, saya cenderung untuk menghabiskannya. Lagi-lagi ketika itu saya sedang melakukan latihan praktikal di Jabatan Peguam Negara oleh itu saya dapat membuat hubungan atau 'connection' dengan watak seorang Timbalan Pendakwa Raya. Saya kurang gemar dengan unsur romantis dalam novel ini kerana merasakan gaya penulisannya tidak 'natural'. Saya juga gagal simpati dengan mana-mana watak dalam novel ini. Mungkin disebabkan penceritaan karakter watak itu sendiri. Novel ini terbahagi kepada tiga bahagian yang mana bahagian pertama adalah dari sudut 'omniscient' bahagian kedua dari sudut watak utamanya Raed dan bahagian ketiga berkisar tentang watak-watak sampingan yang menjadi saspek pembunuhan Datuk Seri Buyong.Ada kejanggalan apabila penceritaan dari sudut Raed dapat menceritakan perihal dari sudut watak lain. Walaupun sesuatu cerita itu tidak semestinya mempunyai konklusi yang nyata, yakni pembaca boleh membuat konklusi sendiri namun begitu dalam novel ini saya kurang suka dengan penutupnya. Ia seperti dibiarkan terbuka untuk dibuat sekuel kerana ada beberapa kemusykilan yang tidak dijawab.

  • JujuJai
    2019-01-22 00:33

    Novel ni mmg karya terbaik KNB. It was hard to put down this novel actually. Perjalanan cerita yg amat gila tapi teliti dan terperinci. Ada taste dan definitely tak cliche for a malay piece. Cuma jalan cerita kadang kadang nak ala ala hollywood material sikit so mcm a bit off. I think tak perlu juga plot cintan cintun or 18sx pun novel ni dah best.bole jadi fobia juga kalau selalu baca watak suami ada hubungan terlarang. Takde plot mcm ni pun i think novel ni dah cukup "adult" dah.What i learned is that i have to agree ramai manusia psychopathic and it's hard to trust anyone anymore.And one more thing, dpp works for e govt tapi penulis portrayed it as if Raed is working under his own practice. So agak confusing di situ. Lawyers like me and others would notice this. All in all, this is an awesome piece. Pls produce more good novels. A job well done. Slick

  • Nur Mayani
    2019-01-16 05:33

    Wow wow wow....ini karya tempatan ke???rasa teruja sangat2...lebih lazat dari pecah...Lebih indah dan puas!!!baca citer ni macam tengah tonton muvie omputih je...melayang2 membayangkan watak demi watak...paling teruja watak polis pmpn tu...Wahhhhhhhh....watak utama dan isterinya yang romantik....apa pun, cerita ni memang kena dengan jiwa, walaupun kisah2 jenayah ni aku kureng sikit,tapi KB bagi aku jadi minat dan terus baca pai habis...TAHNIAH BUAT PENULIS....kerja anda sangat bagus...real dan buat aku pikir yang penulis ni banyak buat homework...kalau tak kumpul maklumat macamana boleh tulis pasal dalam mahkamah, pasal forensik, pasal polis sume....tunggu jelah karya yg seterusnya....

  • Shahida Dzulkafli
    2018-12-30 21:51

    Seriously kalo nak baca buku ini, kena baca dengan teliti..Jangan nak skip-skip..Kalo korang skip-skip memang korang pening..Jalan cerita agak berkecamuk tapi menarik..Penuh debaran tersendiri..ko tak kan sangka siapa yang jahat sebenarnya..Sangat menakutkan..Kalo baca novel ini akan membuatkan korang terfikir..betul ke dia nie macam ini..Personaliti seorang manusia tu ko memang x kan jangka..Yang baik mungkin akan jadi jahat..yang jahat sebenarnya sangat kejam..Definasi jahat tu ko sendiri xle nak rungkai..so selamat membaca..

  • Haziqah Idris
    2019-01-01 00:37

    Lepas setahun baru sambung balik pembacaan Mengejar Ajal. Aku jenis yang baca novel mesti baca bab akhir supaya nak tau pengakhiran dia macam mana. Jadi bila baca Mengejar Ajal nih separuh jalan, aku baca bab akhir dan masih tak dapat tangkap pengakhiran dia macam mana. Jadi, aku pun begitu gigihnya what's app adik aku semata-mata nak tau pengakhirannya macam mana.Selepas baca Pecah, tak banyak beza sangat. Clean Crime. uh-huh. Tapi aku suka penulisan Khairulnizam Bakeri sebab dia ada gaya tersendiri. Kosa kata yang luas sampai aku gigih google cari perkataan yang aku tak familiar sangat.

  • Pie Mesnan
    2019-01-17 00:54

    karya jenayah dan misteri ni mmg menjadi minat aku..ternyata karya selepas PECAH ni, tak mengecewakan..lagi hebat dan twisted plot die..mmg ohsem karya juragan ROMAN ni..aku sangka org lain yg mnjadi suspek utama rupanya back to square..hahaha..xku sangka2...hebat memang hebat...rs puas hati je baca buku ni...sronok gila..

  • Malini Hasan
    2019-01-12 23:36

    Mula-mula baca buku ni, rase macam Ben yang jahat.Pastu rase pulak Adani.Tapi tak sangka pulak laki bini psyco.Jalan cerita yang menarik.Serius rase tertipu dengan si Raed.Memandangkan ini adalah pertama kali saye membaca karya tulisan Khairulnizam Bakeri,it gave me a good impression.insyaAllah,next book pecah.

  • Adrianz
    2019-01-01 05:56

    Gaya bahasa yang memukau. Jalan cerita yg cukup suspen. Dicadangkan utk dijadikan filem. Cuma aku sedikit keliru dan tertanya2. So watak jahat dlm kisah ni Adani ek? Kesian Raed jd alat utk Adani balas dendam utk mak dia..ke aku yg celaru siapa yg sebenarnya psycopath? *_*

  • Nazrul Noorzan
    2019-01-18 23:31

    Tepat aku berada di titik tengah penceritaan, aku cuba kaitkan beberapa watak dengan teori aku sendiri, di mana mungkin watak ini sebenarnya yang antagonis. Dan nyata sangkaan aku meleset, membuatkan buku ini layak diangkat 5 bintang. Tahniah KB.

  • Dan Qirin
    2019-01-10 21:43

    jenayah paling sempurna adalah jenayah yang tiada orang faham.dan gua tak faham.it is a perfect crime.

  • Syahir Md
    2019-01-08 00:31

    Penulisan tipikal Khairulnizam, tapi Pecah masih #1

  • Farah Nadiah
    2019-01-16 05:48

    The Malaysian court scenes were well researched. The character of Adani is too good to be true.

  • Farhana Aziz
    2019-01-14 00:47

    Sebuah lagi karya menakjubkan daripada penulis Pecah. Cuma tertanya-tanya, pistol yang dikeluarkan oleh Cynthia pada penamat itu, pelurunya untuk siapa?

  • Nasih Saifullah
    2019-01-10 22:36

    Ada lompong-lompong yang mencacatkan penceritaan. Pengakhiran yang membuktikan bahawa kerana cinta, segalanya mungkin.Keseluruhan 3.5/5.