Read Blues Retro by Imaen Online

blues-retro

... empat semester yang indah...Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih hamba lurutkan;Buang emak buang saudara, Kerana kasih hamba turutkan.“Ghazi, kita kahwin lari!” kata Nik Farhana.Hampir tersembur jus tembikai daripada mulut Ghazi.“Apa dia?”“Kita kahwin lari.” Suara Nik Farhana berbunyi serius.“Hana jangan main-main!”“Saya serius ni!”Berjayakah Ghazi, siswa antropologi... empat semester yang indah...Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih hamba lurutkan;Buang emak buang saudara, Kerana kasih hamba turutkan.“Ghazi, kita kahwin lari!” kata Nik Farhana.Hampir tersembur jus tembikai daripada mulut Ghazi.“Apa dia?”“Kita kahwin lari.” Suara Nik Farhana berbunyi serius.“Hana jangan main-main!”“Saya serius ni!”Berjayakah Ghazi, siswa antropologi dan Nik Farhana, siswi perubatan di Universiti Lembah Pantai kahwin lari ke sempadan Siam?* * * *IMAEN memang diakui pembacanya sebagai penulis yang punya bahasa yang mantap lagi tajam. Kini lulusan Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Malaya beralih arah, bertekad mahu memperkenalkan semula sastera remaja yang indah dan berisi pada generasi MTV dan Facebook....

Title : Blues Retro
Author :
Rating :
ISBN : 9789670201146
Format Type : Audio Book
Number of Pages : 351 Pages
Status : Available For Download
Last checked : 21 Minutes ago!

Blues Retro Reviews

  • Ras
    2019-01-04 06:22

    Berpijak di bumi nyata. Ghazi dan Nik Farhana akhirnya akur perbezaan darjat menjadi penghalang mereka untuk bersama. Simpati pada Ghazi? Ya, kesian sungguh hero seorang ini. Menerima apa saja cercaan orang terhadapnya. Kesabaran dan semangat Ghazi sangat tinggi dan dia seorang pemuda yang redha dengan takdirnya.

  • Ain
    2018-12-26 03:12

    Ini buku Imaen yang pertama saya beli dan baca (Exclude buku Cintaku Luruh Di Oxford)Siap ada autograph Imaen lagi tuuu , hasil belian di pesta buku ^__^Watak utamanya pasti lelaki. Of course la kan. Jujur saya cakap , saya ni tak berapa nak minat kalau watak utamanya lelaki. Macam tak umphhhmungkin sbab tak boleh berangan macam diri sendiri kot Namun , buku ini banyak inputnya. KIsah Ghazi , anak orang miskin berkasih dengan Nik Farhana , anak orang kaya. Klise - pastinya ada jurang , pastinya ada yang membangkang. Tapi ironinya itu realiti dunia. Perlukah ada jurang sebegitu? Bukankah semua manusia sama , ciptaan Tuhan yang Maha Esa. Kisah Ghazi yang aku rasa tertidas , terbuang namun semangat berjuangnya saya puji ;)

  • Cik Aini
    2019-01-16 08:11

    Seperti biasa, blurb hanya cebisan dari cerita yang panjang. Sebetulnya ini kisah Ghazi, bagaimana Ghazi mencipta kehidupan semasa di UM, bagaimana Ghazi menongkah arus kehidupan dan memperbaiki kehidupan dan berusaha mengeluarkan dirinya dari kancah kemiskinan. Perihal Ghazi dan Farhana hanya rencah, barangkali suntikan untuk menarik minat pembaca perempuan yang barangkali mudah terbuai-buai dengan angan-angan/kisah romantis. Namun, janganlah mengharapkan yang indah-indah. Saya kira tulisan Imaen ini banyak menyuntik realiti tentang hakikat kehidupan, namun begitu saya suka pada penghujung cerita - bercinta sehingga ke mana pun, jangan diabaikan ibu bapa yang menjaga kita selama ini.

  • Kamalia Ramlan
    2019-01-03 04:03

    Saya rasa ini novel terbaik Imaen. Ceritanya ringkas, straight to the point, tidak terlalu kompleks dan seperti biasa penuh dengan hujah (stail Imaen). Yang lucunya, saya boleh sebak dengan tulisan seorang pengarang lelaki. Siapa kata lelaki tidak boleh menulis kisah cinta? Saya suka pengakhiran ceritanya. Ada sebab dan alasan tertentu ceritanya berakhir begitu. Ia sebuah novel yang tidak rugi dibaca :)

  • Azizah
    2018-12-24 06:20

    Penulis:ImaenPenerbit: JS Adiwarna Sdn BhdISBN978-967-0201-14-6Harga: RM 17.00M/S: 351Cetakan 1 – 2011… empat semester yang indah…Blurb:Nasi lemak buah bidara,Sayang selasih hamba lurutkan;Buang emak buang saudara,Kerana kasih hamba turutkan.“Ghazi, kita kahwin lari!” kata Nik Farhana.Hampir tersembur jus tembikai daripada mulut Ghazi.“Apa dia?”“Kita kahwin lari.” Suara Nik Farhana berbunyi serius.“Hana jangan main-main!”“Saya serius ni!”Berjayakah Ghazi, siswa antropologi dan Nik Farhana, siswi perubatan di Universiti Lembah Pantai kahwin lari ke sempadan Siam?*****IMAEN memang diakui pembacanya sebagai penulis yang punya bahasa yang mantap lagi tajam. Kini Lulusan Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Malaya beralih arah, bertekad mahu ‘memperkenalkan semula’ sastera indah dan berisi pada generasi MTV dan Facebook. Kak Chik menukil:Tabik dua tangan pada Saudara Imaen kerana Blues Retro yang penuh dengan rasa kehidupan. Apa yang dicari sudah cukup lengkap dalam karya ini. Manis, masam, pahit, kelat, masin, pedas, tawar; semua teradun sebati hingga tiada yang perlu ditambah lagi.Perjalanan hidup Ghazi, siswa antropologi yang memasuki ULP dengan kelayakan minima kuota bumiputera. Perjalanan Ghazi penuh berliku selepas dia tidak mendapat tempat di kolej universiti selepas pergaduhan dengan JKO semasa minggu orientasi. Ghazi telah menyewa rumah di kawasan setinggan bersama-sama 3 lagi siswa yang lain antaranya Alias, teman yang sama daerah walaupun mereka tidak pernah bertemu ketika belajar di kampung dulu. Alias yang turut dikenakan tindakan kerana cuba mempertahankan Ghazi ketika pergaduhan minggu orientasi dulu turut menerima nasib yang sama seperti Ghazi.Mereka bukanlah orang senang, Ghazi yang sedari kecil hidup susah kerana orang tua susah selalu menjadi bahan hinaan orang tetapi bagi dia itu bukanlah apa-apa selagi maruah diri tetap terpelihara. Lalu dengan bantuan kawan-kawan yang bersimpati, Ghazi dan Alias telah membuka gerai burger yang diberi nama Wrap n Roll Express. Mereka berniaga pada waktu malam untuk menampung kehidupan dan pelajaran. Malahan dengan gerai itulah, Ghazi mampu menghantar yang saku kepada keluarga di kampung. Ghazi yang berpewatakan yang dari yang lain, dengan rambut panjang mencecah kolar baju, jaket jeans dan berbasikal ke kampus tidak seperti pelajar lelaki yang lain itu juga mempunyai pegangan hidup yang jitu. Ghazi masih menjaga batas-batas seorang muslim walaupun dia selalu berdua-duaan dengan Nik Farhana.Pertemuan Ghazi dan Nik Farhana untuk aktiviti berkumpulan ketika minggu orientasi telah menjadikan mereka teman tetapi mesra. Perhubungan mereka tidak pernah diikat oleh kata janji seperti uda dan dara sehinggalah apabila terdapat gangguan daripada Tengku Kudin, sepupu Nik Farhana yang sudah lama menyimpan hati pada Nik Farhana.Ghazi juga seorang siswa yang menyokong setiap pergerakan untuk membantu orang miskin. Ghazi begitu menjaga martabat orang Melayu kerana baginya bangsa Melayu adalah bangsa yang bertamadun. Penglibatan Ghazi ketika demo untuk membantu penduduk Kuala Krai, Perak telah menjadi asbab dia dibuang universiti.Lalu, apa yang akan terjadi pada nasib berhubungan mereka? Tegakah Ghazi meninggalkan Nik Farhana setelah dia dihina sehingga sehina-hinanya oleh bonda kekasih hatinya itu? Sanggupkah Nik Farhana menerima Tengku Kudin sebagai pengganti Ghazi?Sudut pandang Kak Chik:Terus-terang pada Kak Chik, Blues Retro adalah karya yang terbaik yang pernah Kak Chik baca antara Seikat Kembang Merah dan Labyrinth tetapi yang teratas masih juga Vandetta. Blues Retro bagaikan lukisan yang menterjemahkan pandangan penulis tentang isu-isu yang jarang dikupas oleh penulis masa kini. Pandang yang telus dan berkeyakinan tentang isu-isu atau hak-hak siswa ketika di universiti juga diolah dengan begitu mantap. Dan secara jujur, jika tidak kerana membaca Blues Retro sudah tentu Kak Chik masih ‘buta’ tentang ‘perjuangan’ yang tidak pernah terhenti ini.Kemunculan Saudara Soleh dan Saudari Noor Suraya juga satu bonus juga pada sesiapa yang ‘mengenali’ mereka.Tahniah pada penulis yang sentiasa berani memaparkan isu-isu yang berat walaupun dalam karya ‘kecil’ ini. Yang penting, mesej tetap sampai. LiFe iS a LoNG JouRNeY-Kak Chik-(^__^)

  • Atina
    2018-12-24 05:59

    Karya Imaen kali ini berkonsepkan kehidupan pelajar universiti. Ceritanya tentang Ghazi, seorang pemuda yang hidup dalam kedaifan tapi mampu menjejakkan kaki ke universiti. Walau bagaimanapun, Ghazi terpaksa bekerja separuh masa kerana dia tidak mendapat penempatan untuk tinggal di asrama dan perlu membayar sewa rumah. Ghazi dan Alias, membuka Wrap and Roll Express sebagai mata pencarian rezeki mereka. Kesungguhan Ghazi membuatkan saya begitu kagum. Memperjuangkan hak-hak golongan teraniaya dan membela maruah diri sendiri. Menyukai Nik Farhana yang merupakan pelajar perubatan juga merupakan sesuatu yang sukar bagi Ghazi kerana kedudukan mereka yang tidak sekufu. Ghazi pasrah walau akhirnya dia terpaksa melupakan Nik Farhana. Dia akhirnya meneruskan perniagaan Wrap n Roll Express. Pada saya, Blues Retro menceritakan tentang kepayahan orang miskin dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Imaen masih mengekalkan buah fikirannya yang bukan setakat menjentik pemikiran orang Melayu bahkan membuatkan kita sebagai orang Melayu mengagumi bangsa sendiri di samping bangun untuk memajukan bangsa sendiri. Blues Retro dengan bahasa yang santai tapi mantap dan sedap di baca. Jadi, saya kalungkan 4 bintang untuk Blues Retro. :)

  • Haira
    2019-01-07 03:58

    Cerita ini temanya malar segar - antara dua darjat. Isu, konflik dan penyelesaiannya realistik. Ya, realitinya jurang darjat, pangkat dan moral masih relevan pada masa ini. Walaupun latar cerita ini lapan puluhan (atau mungkin tujuh puluhan?), saya tidak berasa seperti membaca fiksyen sejarah. Semua yang dilakarkan melalui kata-kata ringkas tapi indah, masih berlaku.Oh, mungkin ada yang hampir jadi sejarah dalam kisah ini. Cara bercinta 'boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang'. Konsep hidup di universiti yang 'berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian'. Adakah konsep ini masih diraikan dalam dunia sekarang yang berajakan kebebasan mutlak dan kepuasan segera?Kesimpulannya, saya suka buku ini. Saya juga suka pengakhirannya yang pahit. Ironik, kerana biasanya pembaca mahukan pengakhiran cerita dongeng. 'And they live happily ever after', kaedahnya. Mungkin saya pembaca luar biasa. Mungkin juga kenyataannya, happiness is fully within our control, regardless of the situation we are in. We create our own happiness, carry our own sunshine. Jika anda pembaca realistik dan luar biasa, boleh baca buku ini. Ia akan meninggalkan kesan dalam hati.

  • santira
    2019-01-19 02:57

    banyak pengajaran buku ni. jangan putus asa dalam mencari rezeki, tetap pendirian, hidup bermaruah, tapi kadang-kadang demi cinta sesama manusia, semuanya jadi alpa dan buta. yang penting iman di dada.

  • Hidayah Arifin
    2019-01-07 01:04

    Saya sangat suka buku ini! Jalan ceritanya ringkas, bahasanya ‘mantap lagi tajam’ (pinjam kata-kata di blurb buku), ada adunan pelbagai rasa (sedih, lucu, geram, simpati) dan paling penting – ada mesej yang berguna untuk disampaikan kepada pembaca.Saya sememangnya amat menyenangi penulisan Imaen. Setakat ini saya sudah membaca semua karya Imaen yang diterbitkan oleh Jemari Seni. Biarpun kadang-kadang ada juga perkara yang tidak saya fahami disebut di dalam novelnya, saya tetap menyukainya. Pelik, kan? Mungkin faktor utamanya ialah saya menyukai gaya bahasa yang digunakan oleh beliau, kadang puitis tapi tegas, kadang sinis tapi berisi.Di antara semua karya beliau yang pernah saya baca, Blues Retro yang paling saya suka setakat ini. Jalan ceritanya ringkas sahaja, kisah cinta antara dua darjat, antara Ghazi mahasiswa jurusan antropologi si penjual burger, dan Nik Farhana mahasiswa perubatan si berada berdarah kerabat. Percintaan mereka sudah pastinya mendapat tentangan daripada keluarga Nik Farhana, dan kerana itulah ada adegan berlawan dalam BR, tapi tidak melibatkan mana-mana kumpulan gangster atau mafia seperti cerita-cerita sebelum ini (mungkinkah Imaen suka hero ceritanya handal berlawan dan pantang dicabar?).Membaca BR membuat saya ketawa, tersenyum, geram, berfikir (dan mungkin juga tersedar tentang beberapa perkara) selain berasa kagum (dan cemburu?) dengan bakat penulisan graduan jurusan ekonomi ini. Saranan saya kepada yang masih belum membaca BR, jangan menilai buku daripada kulitnya; ini bukan buku kanak-kanak, ini adalah buku untuk orang dewasa, bacalah dan hayatilah mesej yang tersirat di dalamnya.**membaca buku ini juga buat saya rasa lapar nak makan burger, tapi burger tak baik untuk kesihatan, kolesterolnya mungkinkah juta-juta? (^_^)

  • Adawiah.zainal
    2018-12-24 03:55

    Blues Retro-dah lama selesai habiskan novel ini tetapi baru sekarang berkesempatan menulis pendapat untuk ruangan Review & Redeem Jemari Seni. Sebenarnya saya tak pernah ketinggalan membaca buah tangan Imaen. Ceritanya mengenai kehidupan yang realistik dan yang sebenarnya terjadi di sekeliling kita tanpa kita sedari atau pun tidak. Imaen menulis dengan pelbagai ilmu yang dimilikinya, walaupun berbaur sinis tapi adakalanya benar dan membuatkan kita yang membaca berfikir sejenak dengan realiti kehidupan. Saya menggemari dengan setiap falsafah yang disampaikan secara santai tapi begitu mudah melekat dalam hati saya.Ghazi, lelaki yang punya prinsip sendiri. Dia tahu apa yang dia inginkan dalam hidupnya dan dia berusaha untuk mencapai hasratnya. Cuma sifat assobiyah ini hampir menjadikan Ghazi lupa dengan bataskehidupan.Bagai pipit dan enggang, muncul Nik Farhana dengan serendah hati sudi berkongsi jiwanya dengan Ghazi. Dia tahu perbezaan itu tapi cinta remaja, segala badai tetap ditempuh demi kerana cinta.Cinta tak semestinya bersatu. Namun beruntung bagi mereka yang dapat menyatukan cinta melalui perkahwinan. Barangkali ujian dan pengalaman buat Ghazi dan Nik Farhana yang hidup ini tak selalunya indah. Terutamanya buat Nik Farhana yang lahir di dalam dulang emas. Saya andaikan Blues Retro pengajaran buat anak muda di luar sana yang jangan terlalu menikmati zaman muda dengan sewenangnya. Terokai masa muda ini dengan pelbagai perkara menarik yang bermanfaat bukan hanya menurut jiwa gelodak muda mudi sahaja.

  • Lilacfla
    2019-01-15 06:04

    Cinta bukan segalanya.Buku ini adalah tentang itu.Ghazi, si miskin versus Nik Farhana,si kerabat diraja. Mampukah cinta mereka bersatu?********Imaen cuba menyuntik realiti dalam novel ini. Cinta bukan segalanya. Kalau kita berakal pendek, pasti segalanya sudah kita redah.Pengajaran yang menarik.

  • Mardhiah
    2019-01-09 04:02

    yang bagus...tak berkahwin lari 'la' mereka.

  • Haslina
    2019-01-03 08:21

    Dapat autograf Imaen masa PBAKL haritu. Dia tulis, "Blues itu lagu sayu!"Setuju, tuan!